Google Perkenal 65 Emoji Baharu – Bakal Datang Pada Android Q

Nampaknya bukan Apple sahaja yang muncul dengan pengenalan emoji baharu, malah Google juga turut berkongsi senarai emoji baharu yang bakal hadir pada kemas kini Android Q.

Terdapat 65 emoji keseluruhannya – termasuk 53 jenis reka bentuk berasaskan jantina. Jika diteliti, Google menawarkan emoji pasangan dengan 71 warna kulit berbeza pada kali ini. Lebih menarik, pelbagai tambahan emoji menarik dan comel seperti sloth, orang utan, waffle, flamingo dan banyak lagi. Ahaaaa! Bagaimana pula pandangan korang mengenai emoji baru ini? Kongsikan dengan kami.

[SUMBER

You might also like