HONOR Perkenal Teknologi Baru, HONOR Vision – Cipset Honghu 818 + Kamera Timbul Pintar Untuk Skrin Besar

HONOR terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan membuat penambaikan dalam memberi impak lebih positif kepada pengguna – mengumumkan teknologi baru baharu iaitu HONOR Vision yang memperkenalkan cipset pintar, Honghu 818 dan kamera timbul pintar untuk skrin besar.

Di samping itu, HONOR turut mengumumkan konsep “Sharp Tech” bertujuan meneroka teknologi canggih terkini secara menyeluruh. HONOR Vision akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Ogos 2019.

Sharp Tech” – Konsep Serba Baharu HONOR Dalam Inovasi Teknologi

HONOR berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi yang digemari oleh anak muda serata global. “Sharp” menunjukkan semangat penerokaan dalam kalangan anak muda. Manakala konsep “Sharp Tech” pula mengetengahkan keinginan HONOR untuk meneroka inovasi teknologi terkini lebih menyeluruh. Berikut adalah elemen diketengahkan pada konsep “Sharp Tech” :

  • Menjadi peneraju bagi pembangunan industri menerusi inovasi bebas.
  • Memenuhi tuntutan berkualiti tinggi.
  • Memperlihatkan sikap berani golongan muda dengan terus mencabar dan meneroka.
  • Menonjolkan semangat melalui sifat keterbukaan, kolaborasi dan penciptaan bersama.

 

Cipset Pintar “Honghu 818″– Memperkasakan HONOR Vision Dengan Bunyi & Imej Pintar

Cipset pintar Honghu 818 merupakan inovasi terkini daripada HONOR dan penambahbaikan dalam rangkaian cipset Hisilicon. Cipset ini membolehkan skrin pintar memberikan prestasi luar biasa dengan imej dan kualiti bunyi yang unggul. Ia bakal dilancarkan pada Ogos ini. Apa yang menarik mengenai cipset ini?

  • SoC paparan pintar pertama yang tersedia di seluruh dunia
  • Teknolgi paparan dan pemprosesan yang berkuasa – dilengkapi 7 teknologi pemproses imej canggih termasuk Motion Estimate and Motion Compensation (MEMC), High Dynamic Range Imaging (HDR), Super-Resolution (SR), Noise Reduction (NR), Dynamic Contrast Improvement (DCI), Auto Color Management (ACM) dan Local Dimming (LD).
  • Teknologi audio Histen mengoptimumkan kualiti bunyi – memberikan pengalaman audio yang tiada bandingan.

 

Kamera Timbul Pintar Untuk Skrin Besar – Pengalaman Baharu Untuk HONOR Vision

Dengan pendekatan inovatif terhadap pembangunan, HONOR melengkapi penawaran produk HONOR Vision terkini dengan teknologi kamera timbul pintar – membawakan keupayaan NPU untuk pengecaman wajah, fungsi berkuasa kuda dan pengalaman unggul kepada pengguna.

You might also like