
Sambutan Acer Day 2019 kembali lagi!!! Pelbagai tawaran menarik disediakan mulai 29 Julai hingga 30 September 2019.
Peminat Acer pastinya sangat teruja kerana selain Acer Day 2019, Acer Malaysia juga memperkenalkan beberapa peranti terbaharu keluarannya iaitu Acer Aspire 3 dan Aspire 5 yang mana ia dijual pada harga bermula RM2,399, serta Acer PM161Q Portable Monitor yang mana dijual pada harga RM599.
Acer Aspire 5
Acer Aspire 5 merupakan sebuah komputer riba yang sangat cantik dan eksklusif, ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-8265U / i7-8565U dengan sokongan kad grafik berprestasi iaitu NVIDIA GeForce MX250 2GB GDDR5 VRAM, sekaligus membuatkan anda mengalamai kepuasan grafik ketika menggunakannya.
Aspire 5 ditawarkan dalam 2 varian, iaitu Intel Core i5-8265U tersedia pada harga jualan RM2,499 sementara Intel Core i7-8565U dijual pada harga RM3,099.
Spesifikasi Ringkas:
- Pemproses: Intel Core i5-8265U / Intel Core i7-8565U
- Grafik: NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5 VRAM
- Paparan: 14 inci Full HD IPS Display, Acer ComfyView
- Memori: 4GB on board DDR4 (boleh dipertingkat sehingga 12GB)
- Storan: 256GB PCIe SSD (HDD Upgradable)
- Sistem Operasi: Windows 10 Home 64-bit
Acer Aspire 3
Satu lagi komputer riba baharu diperkenalkan! Acer Aspire 3 bukan hanya tampil elegan, bahkan turut hadir dengan spesifikasi yang luar biasa bagi kelasnya. Dilengkapi pemproses Intel Core i5-8265U / i7-8565U dan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5 VRAM sepertimana Aspire 5, konfigurasi untuk memori adalah 4GB DDR4 dan storan 1TB HDD / 256GB SSD.
Aspire 3 juga tersedia dalam 2 varian, Intel Core i5-8265U dijual pada harga RM2,399 sementara varian Intel Core i7-8565U dijual pada harga RM3,099.
Spesifikasi Ringkas:
- Pemproses: Intel Core i5-8265U / Intel Core i7-8565U
- Grafik: NVIDIA GeForce MX230 dengan 2GB GDDR5 VRAM
- Paparan: 15.6 inci Full HD Display, Acer ComfyView
- Memori: 4GB on board DDR4 (boleh dipertingkat sehingga 20GB)
- Storan: 1TB HDD (M.2 PCIe SSD Upgradable) / 256GB PCIe SSD(HDD upgradable)
- Sistem: Windows 10 Home 64-bit
Acer PM161Q Portable Monitor
Selain komputer riba ada dalam pelancaran kali ini, monitor mudah alih Acer PM161Q turut diperkenalkan dalam Acer Day 2019.
Ia sangat menarik kerana anda boleh bawa ke mana-mana sahaja dengan paparan skrin 15.6 inci FHD IPS Panel. Monitor mudah alih ini menyokong Refresh Rate 60Hz dan Respond Time 7ms, bersama 170° sudut lebar sangat selesa ditonton.
Acer PM161Q boleh didapati mulai awal bulan September pada harga RM599, didatangkan sekali dengan sebuah sarung perlindungan dan jaminan di lokasi selama tiga tahun.
Semua peranti baharu yang diperkenalkan boleh dibeli di stor dalam talian rasmi dan pengedar sah Acer di seluruh negara. Maklumat lanjut, layari Acer Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Acer Day 2019, pelbagai promosi turut ditawarkan antaranya Acer Day Flash Sale bagi 3 ~ 4 Ogos di Mid Valley Megamall, anda boleh dapatkan Aspire 3 pada harga RM999!!! Layari laman rasmi Acer Day Freedom to Explore, atau FB Acer Malaysia untuk promosi yang lebih lanjut.

















