Peminat Avengers, Miliki Tetikus Wayarles Logitech M238 Edisi MARVEL Ini!

1384
- Iklan -
Captain America

Logitech Malaysia telah memperkenalkan tetikus Logitech M238 edisi MARVEL dengan empat watak adiwira terkenal iaitu Spider-man, Iron Man, Captain America dan juga Black Panther.

Tetikus wayarles Logitech M238 ini berhubung dengan alat penerima USB bersaiz nano, yang tidak mengganggu apabila dicucuk ke port USB. Malah, ia juga boleh disimpan di dalam tetikus jika tidak digunakan. Bukan itu sahaja, baterinya pula menggunakan satu bateri jenis AA, yang boleh bertahan sehingga 12 bulan sebelum ditukar.

Spider-man

Selain boleh berhubung sehingga jarak 10 meter, Logitech M238 Wireless mampu beroperasi dengan Windows, Mac OSX, Chrome OS dan Linux. Dengan saiz yang kecil dan ringan berukuran 95 x 55 x 38mm dan seberat 84g, ia mudah dibawa ke mana sahaja.

Logitech M238 Wireless dijual pada harga RM89 serta didatangkan bersama jaminan setahun dan boleh dibeli dari pengedar sah Logitech di seluruh Malaysia.

Iron Man