Aksi Ala-Ala Fast And Furious – iPhone Bernilai RM2.53 Juta Dicuri

Rata-rata di kalangan anda semua pasti sudah menonton filem Vin Diesel dalam siri Fast And Furious bukan? Gelagat dan aksi merbahaya semasa melakukan rompakan atau merampas kenderaan di atas jalan raya itu perkara biasa buat keluarga Dominic Toretto.

Namun, apa yang telah berlaku di Belanda, lain pula ceritanya. Sekumpulan lima lelaki telah ditahan kerana mencuri iPhone bernilai hampir USD500,000 (lebih kurang RM2.53 juta) hanya dengan memanjat lori sedang berjalan. Kecurian itu berlaku bermula daripada sebuah pacuan empat roda (SUV) yang dinaiki lima warga Romania mengekori rapat sebuah lori bersaiz sederhana.

Menurut sumber, rompakan sebegini pernah berlaku, tetapi ini adalah penangkapan yang pertama berjaya dilakukan ke atas penjenayah.

Video yang dipaparkan ini dirakam pada tahun 2012 menunjukkan dua orang lelaki ingin menyelinap masuk ke pintu belakang lori tetapi percubaannya gagal.

You might also like