Beli Peranti Samsung Dapatkan Diskaun 20% Tiket AirAsia X

Tahun 2017 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi, oleh itu Samsung Malaysia kini sedang mengadakan satu program dimana pembeli yang membeli mana-mana telefon pintar terpilih Samsung berpeluang untuk menikmati potongan harga 20% untuk tiket penerbangan AirAsia X.

Tawaran terbaik ini bermula hari ini sehingga 31 Disember 2017, menawarkan diskaun untuk tambang ekonomi dan premium flatbed. Untuk menyertainya, caranya mudah sahaja:

  1. Beli peranti Galaxy terpilih. Muat turun dan log masuk aplikasi mySamsung.
  2. Pergi ke ‘Rewards’ dan pilih tawaran AirAsia X.
  3. Tap ‘Visit Website’, cari tiket penerbangan anda.
  4. Pilih tarikh penerbangan dan terima potongan harga 20% untuk tiket kelas ekonomi dan premium flatbed.

Dalam masa yang sama, Samsung Malaysia juga mengadakan jualan promosi untuk produk seperti televisyen, peti ais, mesin basuh, pendingin hawa, dan soundbar yang menawarkan hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Bagi pembelian TV melengkung QLED 75 inci, satu set kesihatan Ogawa bernilai RM13,096 akan diberikan secara percuma. Selain itu, untuk produk yang lain pembeli juga akan menerima hadiah saguhati merupakan botol termal vakum, kit kurungan, atau vakum powerstick yang bernilai RM859 seunit.

Sementara Galaxy Note8 bernilai RM3999 akan disertakan jika anda membeli TV melengkung QLED 65 inci. Manakala, Soundbar Sound+ bernilai RM1,599 boleh dibawa pulang untuk pembelian TV pintar Prmium UHD 55 inci.

Jadi, ini adalah masa yang terbaik untuk anda membelanjakan wang bagi mendapatkan peranti idaman di samping hadiah menarik.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia.

You might also like