
Bagi mereka yang meminati peranti dari OPPO ada sesuatu yang menarik buat anda apabila OPPO kini telah melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai siri OPPO Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G yang mana ia dijual masing-masing pada harga bermula dari RM1899 dan RM2599!!

OPPO Reno5 5G tampil dengan skrin yang baik iaitu 6.4″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 765G dan dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM.
Keupayaan kamera juga baik apabila ia hadir dengan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang manakala bagi kamera hadapan pula ia tampil dengan 32MP. Kapasiti bateri pula adakan 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Apa yang membezakan antara OPPO Reno5 dan Reno5 Pro adalah dari aspek kuasa dalaman apabila Reno5 Pro hadir dengan MediaTek Dimensity 1000+ dan dipadankan dengan 12GB RAM dan 256GB ROM.
Pratempahan kedua-dua model ini boleh dilakukan pada 18 hingga 26 Januari 2021 dan anda akan menikmati hadiah percuma bernilai RM397. Berikut adalah hadiah percuma tersebut:

- OPPO Enco W11 (Bernilai RM159)
- Casing (bernilai RM129)
- Lanjutan Jaminan satu tahun (bernilai RM109)
Deposit sebanyak RM100 perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat pratempahan.