
Xiaomi Black Shark 2 Muncul Di Geekbench, Bakal Dirasmikan 23 Oktober Ini?!
Kemunculan Xiaomi Black Shark 2 telah diwar-warkan oleh pihak Xiaomi melalui laman rasmi mereka sejak beberapa hari lepas. Kini, peranti tersebut dikesan telah muncul di laman Geekbench.
Jika dilihat pada markah yang diterima, hanya sedikit peningkatan berbanding Black Shark yang diperkenalkan sebelum ini. Dalam satu berita berasingan, Xiaomi dikatakan telah mengeluarkan satu poster berkaitan pelancaran peranti ini secara rasmi.
Menurut tarikh dan masa yang dipaparkan pada poster tersebut, Xiaomi Black Shark 2 akan dirasmikan pada 23 Oktober 2018. Menurut sumber yang dipercayai, telefon pintar ini juga bakal hadir dengan sokongan lampu RGB baru serta memori sehingga 8GB RAM.
Memandangkan kehadiran peranti ini diumumkan melalui laman rasmi global, kami pasti Black Shark 2 akan turut dipasarkan untuk pasaran global. Kami harap ia akan tiba di Malaysia tidak lama selepas pelancarannya kelak.

