
Samsung Galaxy J7 Nxt Bersama Paparan 5.5” HD Penuh Dan Kamera 13MP Dilancarkan

Samsung baru sahaja melancarkan peranti kelas pertengahan yang diberi nama Samsung Galaxy J7 Nxt. Peranti ini mendapat kelengkapan seperti pemproses lapan teras, 1.6GHz bersama RAM 2GB diikuti storan sebanyak 16GB yang menyokong kad microSD sehingga 256GB.
Bahagian depan hadir dengan paparan HD penuh 5.5 inci dan dibelakang disediakan kamera 13 Megapiksel. Kamera depan pula diletakkan sensor 5 Megapiksel dengan berat keseluruhan 170g. Perisian OS menggunakan Android 7.0 Nougat dimuatkan bersama bateri 3,000mAh.

Galaxy J7 Nxt boleh didapati sama ada dalam pilihan warna hitam atau emas dengan tanda harga INR11,490 (lebih kurang RM764) seunit. Negara India adalah negara pertama yang mula dijual buat masa ini.

