Video Teaser Xiaomi Mi 5X Dipertonton

Pembuat telefon pintar China, Xiaomi telah mengeluarkan satu video pendek memperlihatkan peranti terbaru keluaran mereka yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 5X. Didalam video tersebut, para penonton boleh melihat rekaan keseluruhan peranti termasuk sistem dwi kamera yang dihadirkan.

Selain itu, kerangka badan yang ditonjolkan pula hanya terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, hitam, dan emas ros. Xiaomi Mi 5X dikuasakan oleh cip Snapdragon 625 dan RAM sebanyak 4GB. Sistem operasi Android 7.1 Nougat diapaparkan pada skrin 5.5 inci HD penuh dengan bekalan kuasa dari bateri 3,000mAh.

https://www.youtube.com/watch?v=eESz6bM9mow

Untuk itu, majlis pelancaran rasmi Mi 5X akan berlangsung minggu hadapan, dan harap-harap pihak Xiaomi Malaysia segera membawa masuk peranti ini sejurus ia diperkenalkan.

You might also like