Xiaomi Mi 5X Akan Dilancarkan 26 Julai Depan – Menggunakan MIUI 9

Iklan Xiaomi yang tersebar dalam artikel sebelum ini memang sahih dan akhirnya Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran Xiaomi Mi 5X minggu hadapan bersamaan 26 Julai 2017. Penampilan ini juga akan turut disertakan dengan pengenalan sistem antaramuka terbaru MIUI 9 yang hadir dengan ciri-ciri baru.

Xiaomi Mi 6

Peranti terbaru ini akan dikuatkuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 625 bersama RAM sebesar 4GB dan storan seluas 64GB turut dijana Android 7.1.1 Nougat. Kerangkan badan Mi 5X juga akan menggunakan bahan logam serta dipadankan dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci, beresolusi HD penuh 1080p. Harga dijangka sekitar CNY1,999 (lebih kurang RM1,268) seunit.

You might also like