[Khabar Angin] Samsung Galaxy S9 Akan Mengekalkan Saiz Skrin Yang Sama Seperti S8

Terdapat ura-ura mengatakan Samsung Galaxy S9 tahun depan akan mengekalkan saiz skrin yang sama digunakan pada Galaxy S8 sekarang. Perkara ini juga telah dihebahkan sendiri oleh salah sebuah pembekal industri yang tidak diketahui nama.

Oleh itu, ini menjadikan Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan saiz skrin 5.8 inci, manakala Galaxy S9+ masih kekal dengan saiz 6.2 inci. Disamping itu, syarikat gergasi ini juga dikatakan akan terus mengeluarkan dua pilihan varian yang menggunakan teknologi insfinity display.

Bukan itu sahaja, Samsung juga akan membangunkan konfigurasi pengimbas cap jari terus pada skrin bagi menggantikan pengimbas cap jari jenis biometrik yang kini dipakai di kebanyakan smartphone. Sekaligus, mereka dapat menyertai Qualcomm dan vivo dalam teknologi ini.

Tidak mustahil untuk syarikat Korea ini melaksanakan projek ini, kerana Samsung sentiasa menyediakan dana dan pelaburan yang banyak dalam penyelidikan dan pembangunan produknya. Walaubagaimanapun, Samsung juga perlu menangani sebarang masalah seperti kekurangan pembekal seperti mana dihadapi oleh Apple dalam menghasilkan iPhone 8 sekarang ini.

You might also like