Membongkar Teknologi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik – vivo Mendahului Apple Dan Samsung

Pada masa ini teknologi pengimbas cap jari ultrasonik di bawah paparan masih lagi belum diumumkan di dunia. Bermulanya khabar angin teknologi ini akan dilaksanakan pada iPhone 8, terbaru vivo melaporkan mereka telah bekerjasama dengan Qualcomm menghasilkan teknologi sedemikian yang pertama di dunia.

Pengimbas cap jari bawah paparan oleh vivo dan Qualcomm ini berfungsi dengan menggunakan teknologi ultrasonik yang mengecam biometrik cap jari. Oleh kerana pengimbas terletak di bahagian bawah paparan, vivo telah menyediakan paparan lembut OLED yang amat sesuai dipadankan dengan kerangka unibodi.

Berbanding dengan kaedah traditional, sentuhan pada butang kapasitif dan optikal yang telah dibangunkan sebelum ini tidak boleh mengimbas jari yang basah. Oleh itu, vivo Under Display mampu melakukan tugas ini dengan tepat sekali. Berdasarkan teknologi ultrasonik ini, vivo akan terus melakukan ujian di dalam air untuk memastikan pengimbas cap jari ini tidak menghadapi masalah termasuk untuk tujuan penambahbaikan.

Ciri-Ciri Utama:-
Kapasiti Kekuatan Penembusan

Teknologi pengimbas cap jari ultrasonik ini dapat menyelesaikan isu kedalaman penembusan. Sebelum ini, kaedah traditional menghadkan sehingga 300μm berbanding vivo Under Display iaitu sekitar 1.3μm untuk OLED.

Pengalaman Yang Lebih Baik

Berdasarkan ciri kalis air, kalis debu dan pengurangan gangguan cahaya, teknologi ini mampu bertugas dengan lebih terkawal. Posisi mengaksesnya lebih mudah dikawal.

Selain itu, vivo Under Display juga memastikan rekaan telefon pintar mudah diproses tanpa membuat lubang di paparan OLED, di samping rekaan kalis air juga dapat dibina. Tambahan lagi, vivo Under Display akan menjadi telefon pintar terbaik pada tahun 2017 ini. Justeru, teknologi ultrasonik ini akan memberikan pengalaman pengguna termasuk sistem keselamatan yang lebih canggih.

You might also like