
[Khabar angin] iPhone 8 Mungkin Berada Di Malaysia Mungkin Tidak – Jumlah Unit Sangat Terhad
Ada segelintir menamakan iPhone 8, ada juga memanggil iPhone Edition. Walau bagaimanapun, sudah diketahui ramai isu Touch ID pada peranti unggul Apple tahun ini masih berada di jalan buntu. Kini, timbul pula isu mengatakan unit paparan yang dibekalkan oleh pembekal adalah sangat-sangat terhad. Jumlah yang dinyatakan itu adalah sebanyak 3 hingga ke 4 juta unit, ini langsung tidak mencapai permintaan Apple yang memesan sebanyak 70 juta kepada Samsung.
Pembuat panel OLED untuk iPhone varian premium 2017 ini dipikul oleh Samsung dan menurut sumber, LG juga berminat untuk membantu dalam penghasilan paparan tersebut. Namun, Apple masih belum mengesahkan sama ada penglibatan LG dalam pembinaan iPhone 8 ini. Dalam masa sama, syarikat Cupertino ini juga sedang dalam usaha untuk menghasilkan teknologi paparan microLED mereka sendiri.
Pada tahun 2016, Apple mencatatkan penjualan iPhone sehingga 56.5 juta pada tiga bulan pertama, untuk iPhone 7 pula ia hampir terjual 10 juta unit dalam masa tiga hari selepas pelancarannya tahun lepas.
Jadi peminat iPhone di Malaysia, bagaimana?!