
Paparan 6 Inci Dengan Nisbah 18:9 Mula Dikeluarkan Oleh Sony?!
Sebelum ini paparan dengan nisbah 18:9 hanya boleh dilihat pada telefon pintar LG G6, kini Japan Display yang dimiliki oleh Sony mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan paparan LCD tersebut secara besar-besaran. Paparan yang diberi nama “Full Active” ini akan didatangkan dengan skrin beresolusi 1080 x 2160 bersaiz 6 inci.

Menurut JDI, paparan tersebut telah mencapai teknologi kaedah baru pendawaian dan pemasangan, menjadikan bingkai di sekeliling dapat dibuang serta menghasilkan warna hitam lebih gelap dan boleh dioperasikan dengan jari yang basah.
Justeru, apa yang dihasilkan oleh JDI ini diharapkan mampu memberi perubahan pada telefon pintar Xperia pada masa akan datang yang kini masih menggunakan bingkai di atas dan di bawah yang tebal.