
JOOX Music – Kini Anda Boleh Karaoke
Aplikasi JOOX ini sememangnya wajib ada dalam peranti anda, kerana ia terdapat pelbagai lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang boleh dimainkan. Dengan menggunakan JOOX, anda juga boleh memuat turun, berkongsi dan memilih kualiti selain lirik lagu juga akan dipaparkan. Tidak cukup dengan itu, JOOX juga telah menambah ciri baru dengan memasukkan ‘Sudut Karaoke’ di dalam aplikasinya.
Di samping itu, anda boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu termasuk lagu tempatan ataupun lagu antarabangsa sambil merakam nyanyian tersebut dan kongsikan bersama rakan.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, JOOX juga telah memasukkan tema Hari Raya Aidilfitri dalam kemas kini terbaru ini.
Muat Turun

