Mod Malam Twitter Kini Automatik Pada Android

Menggunakan Twitter pada waktu malam agak tidak sesuai kerana kecerahan antaramukanya agak terang dan akan memedihkan mata. Oleh itu, aplikasi Twitter pada Android kini terdapat dalam mod malam yang akan menukarkan antaramuka daripada terang kepada gelap. Penukaran ini bertukar mengikut masa ‘Tweet’ pengguna sama ada siang atau malam.

Kemas kini ini terdapat pada versi Twitter 7.2, semasa mengemas kini anda akan diberikan mod biasa dan selepas menukar kepada mod malam, anda akan diberi arahan untuk meneruskannya secara automatik ataupun tidak. Twitter akan mengeluarkan kemas kini ini kepada semua pengguna tidak lama lagi.

You might also like