
Twitter Sedang Menguji Fungsi Night Mode Secara Automatik
Kita sering mengalami pedih mata apabila menggunakan peranti di dalam keadaan gelap? Oleh itu, Twitter juga menjadi salah satu pembangun aplikasi yang mengambil berat pengguna mereka. Seperti Night Mode yang diperkenalkan pada tahun lepas, mod di dalam Twitter ini boleh disetkan sama ada secara manual atau automatik bergantung kepada kehendak pengguna.
Akan tetapi bukan kesemua pengguna Twitter yang boleh menggunakannya, cuma pengguna bertuah sahaja yang akan mendapat Night Mode secara automatik ini. Jika anda bukan salah seorang daripada pengguna bertuah itu, anda perlulah tunggu dan lihat sama ada Twitter ingin memperluaskannya atau tidak di masa kelak.

