Night Mode Untuk Twitter Semakin Hampir Ke Peranti iOS

未命名_meitu_0Bulan lalu Twitter memperkenalkan Night Mode di dalam aplikasi mereka untuk platform Android. Mod tersebut menerima respon yang sangat baik dari penguna, rata-rata dari pengguna yang telah emncuba mod tersebut sangat berpuas hati kerana antaramuka aplikasi dengan skim warna gelap sangat selesa dipandang terutamanya ketika menggunakan aplikasi di dalam gelap.

Mod tersebut kini telah tiba ke aplikasi Twitter untuk peranti iOS, walau bagaimanapun ia hanya ditawarkan kepada mereka yabg mempunyai akses kepada pengguna versi beta sahaja. Tidak dapat dipastikan bila ianya akan dilancarkan di dalam aplikasi untuk pengguna umum.

You might also like