

Para skater bersatu hujung minggu lalu untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan di PUBG MOBILE Skate Jam yang berlangsung di 1 Utama Skate Park. Acara ini menampilkan hoverboard, cara baharu untuk bergerak lebih pantas dalam Kemas kini Versi 3.9 terbaru permainan tersebut. Dipenuhi dengan tenaga dan keterujaan, Skate Jam menarik lebih 200 pengunjung yang berkongsi minat terhadap papan selaju dan permainan video.
Para pemain papan selaju menunjukkan aksi terbaik mereka di acara ini dengan menyertai aktiviti seperti Cash for Tricks dan Game of Skate yang menguji kemahiran mereka untuk memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif. Sepanjang acara berlangsung, para pengunjung dan peserta turut berpeluang memenangi barangan berkaitan papan selaju melalui pelbagai sesi cabutan bertuah.
Juara tempat pertama bagi kejohanan Game of Skate, Sora
Persaingan sengit mewarnai acara Skate Jam. Dalam cabaran Cash for Tricks, peserta berjaya membawa pulang sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dengan mempersembahkan aksi trik yang ditetapkan. Sementara itu, 16 pemain papan selaju berbakat berentap dalam kejohanan Game of Skate secara penyingkiran tunggal untuk kumpulan hadiah RM5,000 lagi. Akhirnya, skater Sora mempamerkan bakat luar biasa dan muncul sebagai juara Game of Skate, diikuti oleh Gee di tempat kedua dan Acap di tempat ketiga.
Selain itu, personaliti papan selaju popular, Daddyhood dan Nizar/Ja, turut hadir bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap acara ini. Pasukan Homebois PUBG MOBILE dan Thieves Skateboards juga turut serta, memperlihatkan perpaduan komuniti tempatan dalam dunia permainan dan papan selaju melalui acara ini.
“Kehadiran yang luar biasa dan semangat yang membara di acara ini benar-benar membuatkan saya berasa sangat bangga. Ia merupakan satu kejayaan besar dalam kalangan komuniti permainan dan papan selaju Malaysia, terutamanya ketika kita meraikan ciri-ciri baharu yang menarik dalam Kemas Kini Versi 3.9. Acara ini mencerminkan komitmen kuat kami untuk bukan sahaja mencipta pengalaman permainan yang mengasyikkan, tetapi juga pengalaman dunia nyata yang tidak dapat dilupakan dan benar-benar menyentuh hati pemain serta komuniti kami. Kami teruja untuk kolaborasi masa hadapan yang akan terus memberi inspirasi dan mendekatkan kami dengan para peminat yang hebat,” kata Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) bagi Tencent Games.
Pengembaraan epik tidak berakhir di situ! Para peminat diseru untuk mencurahkan semangat mereka demi kemenangan kerana kolaborasi hebat PUBG MOBILE bersama TRANSFORMERS kini sudah boleh dimainkan dalam permainan melalui Kemas Kini Versi 3.9 yang monumental. Kemas kini berskala besar ini membawa pemain ke dunia penuh keterujaan luar biasa, di mana mereka boleh:
- Bertempur bersama Optimus Prime atau Megatron dan pilih kesetiaan anda untuk membuka ganjaran eksklusif
- Bergerak di medan pertempuran dengan Cosmic Hoverboard
- Terokai Neon Outpost, pos bertema siberpunk yang dinamik dan bercahaya dengan lampu neon terang serta tenaga futuristik
Gembar-gembur itu nyata! Jangan hanya mendengar tentangnya – rasai sendiri.
Kemas Kini Versi 3.9 PUBG MOBILE, yang menampilkan pengembangan kerjasama TRANSFORMERS, tersedia sekarang sehingga 2 September 2025! Muat turun permainan dan main secara percuma di App Store dan Google Play Store.

