Promosi Merdeka – Harga Wiko Ufeel Fab Dikurangkan Sebanyak RM100

Bermula hari ini 30 Ogos sehingga 30 September depan, Wiko Malaysia mengadakan promosi bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Promosi ini diadakan bertujuan untuk memberi rakyat Malaysia peluang untuk memiliki telefon pintar dari jenama Perancis ini.

Oleh itu, Wiko dengan berbesar hati menurunkan harga Wiko Ufeel Fab sebanyak RM100 menjadikan harga peranti itu kini RM799 sahaja. Selain itu, untuk pembelian Wiko Ufeel Prime dan Ufeel Pulse, anda akan membawa pulang Wilboard Smart Folio bernilai RM99 secara percuma. Di samping itu, jika anda berminat untuk mendapatkan Wiko Ruby 2GB, anda akan disertakan WiCube Smart Folio dan pelindung skrin (tempered glass) bernilai RM99 bersama-sama.

Dalam masa sama, Wiko juga sedang menganjurkan peraduan cabutan bertuah kepada warganegara dan penduduk tetap Malaysia. Setiap pembelian yang dibuat pada tarikh promosi, peserta layak untuk menyertai cabutan bertuah dimana mereka perlu mengambil gambar resit pembayaran dan hantar ke laman atas talian Wiko Malaysia. Peserta juga perlu mengisi slogan dengan tidak lebih 20 patah perkataan sekaligus berpeluang untuk memenangi enam (6) telefon pintar Wiko dan 60 keping kad saguhati Starbuck Coffee.

Peranti Wiko yang ditawarkan di Malaysia memiliki tanda harga yang kompetitif dan berbaloi untuk dimiliki. Jadi, jika anda yang ingin menjimatkan poket segera dapatkan salah satu daripadanya di Wiko Exclusive atau Wiko Experience Store yang berdekatan.

You might also like