

HARGA : RM 799
Syarikat dari Perancis iaitu Wiko semakin giat mengeluarkan peranti baru, terkini mereka telah melancarkan Ufeel FAB, model terbaru dan terbesar bagi siri Ufeel. Apa yang menjadi tarikan utama smartphone ini adalah paparan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1280×720 piksel serta dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh yang dapat berfungsi sebagai powerbank. Nak kenal dengan lebih dekat model terbaru ini, teruskan membaca.
SPESIFIKASI
- Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
- Cipset: MediaTek MT6735
- CPU: Quad Core 1.3GHz, Cortex-A53
- GPU: ARM-Mali T720 MP2
- Kad SIM: Dual SIM / Micro SIM
- Dimensi: 154.35 x 77.15 x 10.6mm / 201g
- Skrin: 5.5″ IPS / 1280 x 720 piksel / 267ppi / 2.5D curved glass
- Kamera Utama: 13 Megapiksel / LED Flash
- Auto Fokus: √
- Kamera Depan: 5 Megapiksel / LED Flash
- Rakaman Video: 1080p FHD
- Bluetooth: v4.0
- WiFi: 802.11 b/g/n
- Memori: 32GB ROM, 3GB RAM /microSD Sehingga 64GB
- Bateri: 4000mAh
PAKEJ PEMBELIAN
Kotak Pembungkusan & Aksesori
Seperti biasa, Wiko hadir dengan kotak pembungkusan yang sememangnya menarik. Di dalamnya telah disediakan dengan (1) kotak pembungkusan (2) ufeel FAB dan pelindung jernih (3) pelindung skrin (4) kabel microUSB (5) pilihan slot kad SIM (6) earphone (7) adapter pengecas (8) kad waranti serta buku panduan.
FIZIKAL
Rekaan Premium
Paparan skrin yang besar menjadi tarikan utama buat pengguna smartphone hari ini, ditambah lagi dengan harganya yang mampu milik! Ufeel FAB menampilkan rekaan kompak dan anggun yang kelihatan premium walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan. Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci, ianya sangat selesa walaupun dipegang dengan sebelah tangan.





Pilihan Warna
Memandangkan Wiko Ufeel FAB memfokuskan kepada semua golongan, smartphone ini tampil dengan empat warna segar. Namun begitu, hanya dua warna sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu True Black dan Light Grey.
APA YANG COOL?!
Pengimbas Cap Jari
Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak dikenali, Ufeel FAB pilihan yang terbaik buat anda. Menariknya smartphone ini, ia menawarkan fungsi pengimbas cap jari sepantas 0.2 saat, selain boleh digunakan untuk lima menu yang berbeza.
** INFO **
Settings → Fingerprint → Quick actions
Penggambaran

Wiko Ufeel FAB menawarkan lensa penggambaran sama seperti Ufeel Prime, iaitu lensa 5P beresolusi 13 Megapiksel yang mampu mengurangkan masalah noise, malah ia turut dibantu oleh auto fokus sepantas 0.4 saat serta LED flash. Manakala penggambaran selfie pula beresolusi 5 Megapiksel dengan sokongan LED flash. Lebih menarik, penggambaran peranti ini tampil dengan paparan yang telah diperbaharui dan lebih mesra pengguna.

** Ekstra Info ** • Apabila anda meleretkan jari ke kiri, terdapat tetapan yang boleh menukar tetapan penggambaran dengan lebih mudah. Selain itu, anda juga boleh menukar butang pintas yang ingin dipaparkan pada paparan penggambaran utama. • Manakala apabila dileretkan ke kanan pula, terdapat beberapa pilihan mod yang boleh digunakan. • Anda juga boleh mengedit gambar yang diambil dengan meletakkan emoji dari Wiko sendiri yang dikenali sebagai Wikojis yang tersedia di dalam galeri.
Pemain Muzik
Pemain muzik smartphone ini telah ditempatkan di dalam satu aplikasi yang sama, di mana untuk kemudahan mencari lagu, ianya telah diasingkan kepada beberapa kategori. Lebih istimewa, pemain muzik Ufeel FAB menawarkan fungsi Sleeping Mode yang boleh memilih sendiri masa untuk mendengar muzik sebelum tidur. Malah kualiti bunyi yang dihasilkan juga memuaskan dengan adanya sokongan teknologi Equalizer yang boleh diubah.
File Lock
Salah satu aplikasi menarik yang disediakan pada Ufeel FAB adalah File Lock. Fungsi ini dapat menjaga privasi yang ada di dalam smartphone anda, tanpa perlu memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga. Menariknya, selain boleh meletakkan kata laluan pada aplikasi tersebut, anda juga boleh memilih lagu, gambar dan video yang tidak ingin dikongsi dengan orang lain.
One-handed Mode
Fungsi One-hand Mode atau lebih dikenali sebagai mod sebelah tangan yang diperkenalkan oleh Wiko nampaknya lebih praktikal kepada pengguna, bergantung kepada keselesaan anda. Sepertimana smartphone yang ada di pasaran hari ini, anda boleh mengakses skrin Ufeel FAB dengan saiz yang lebih kecil dan telah ditetapkan kepada satu saiz sahaja.
Smart Gesture
Smart Gesture adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu pada smartphone ini. Caranya mudah sahaja, hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut seperti M untuk Muzik dan secara automatik akan membuka menu yang diinginkan. Lebih istimewa, anda boleh menambah menu lain yang diinginkan dan melukis huruf sendiri mewakili menu tersebut.
Power Sharing
Risau mengenai kehabisan bateri jika terlupa membawa bateri tambahan ketika keluar rumah? Kini, dengan Ufeel FAB anda tidak perlu risau lagi kerana ia menawarkan fungsi Power Sharing. Ia membolehkan anda mengecas smartphone lain menggunakan Ufeel FAB seperti sebuah power bank. Ia pastinya mampu mengecas lebih lama kerana menyokong bateri Li-Ion sebesar 4000mAh.
Zon Ujian Pengecasan
Kami sendiri telah menguji kepantasan mengecas smartphone Samsung Galaxy J1 (2016) dengan bateri berkapasiti 2050mAh menggunakan Wiko Ufeel FAB. Lihat hasilnya!
▲ Bateri Wiko Ufeel FAB – 84% & Bateri Samsung Galaxy J1 (2016) – 68%
▲ 30 minit masa mengecas:
Bateri Ufeel FAB tinggal 75% & bateri Samsung Galaxy J1 (2016) meningkat kepada 74%
▲ 60 minit masa mengecas:
Bateri Ufeel FAB tinggal 66% & bateri Samsung Galaxy J1 (2016) meningkat kepada 80%
HASIL GAMBAR




KOMEN EDITOR
Wiko yang sememangnya terkenal dengan pengeluaran smartphone mampu milik kini menambah sebuah lagi peranti mereka. Wiko Ufeel FAB adalah model yang paling besar di dalam siri Ufeel, yang mana menawarkan fungsi premium! Ia bukan sahaja menampilkan rekaan anggun, malah mempertaruhkan pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan seharian! Dengan harga mampu milik, anda boleh mendapatkan peranti dengan pemproses yang laju, dioperasikan oleh Android terkini, serta hadir dengan fungsi pengimbas cap jari untuk mereka yang mementingkan keselamatan data di dalam smartphone. Bukan itu sahaja, kehadiran bateri berkapasiti 4000mAh pula membolehkan pengguna mengecas smartphone lain dengan adanya teknologi Power Sharing.
Kehadiran beberapa aplikasi lain seperti Phone Assist, lensa penggambaran 13 Megapiksel dengan LED flash serta kamera depan untuk penggambaran selfie juga dilengkapi LED flash yang membolehkan anda mengambil gambar di dalam kawasan yang kurang pencahayaan. Kepada yang masih tercari-cari smartphone dengan fungsi sebegini, Wiko Ufeel FAB boleh dipertimbangkan!


