
Peranti Dengan Kamera Dwi-Lensa Daripada Samsung
Telefon pintar dengan kamera belanga dwi-lensa semakin popular ketika ini, antara model terbaru yang hadir dengan ciri ini adalah Huawei P10 dan juga LG G6.
Nampaknya Samsung juga bakal turut serta di dalam memperkenalkan sistem kamera ini selepas imej paten mereka berlegar di Internet. Samsung sememangnya terkenal dengan kualiti kamera yang cukup hebat dan kemasukan mereka di dalam tren ini pasti akan memangkin kualiti dan teknologi kamera dwi-lensa.
Apa yang hampir pasti adalah kamera dwi-lensa tidak akan menemui peminat Samsung melalui model Samsung Galaxy S8 kerana berdasarkan ura-ura model ini hanya akan hadir dengan kamera konvensional. Kemungkinan besar Samsung akan memperkenalkan kemara dwi-lensa pada model seterusnya.

