
Sejajar dengan cita-cita untuk menjadi penyedia ICT dan penyelesaian utama bagi pelanggan Enterprise, Maxis kini bekerjasama dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd menggunakan kepakaran, teknologi dan keupayaan masing-masing bagi mewujudkan penyelesaian digital inovatif untuk organisasi di Malaysia.

Dengan jalinan kolaborasi yang termeterai ini menjadikan Maxis sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan panggilan suara talian tetap dengan komunikasi bersepadu Microsoft Teams – sebagai sebahagian daripada penyelesaian Modern Workspace Microsoft. Kedua-dua syarikat ini bekerjasama dalam tiga (3) bidang utama yang mensasarkan kepada perusahaan komersial dan sektor awam :
(1) Kepimpinan Maxis dalam IoT (5G) dan teknologi Azure IoT canggih Microsoft akan membolehkan industri untuk membina utiliti pintar dan aplikasi lain yang berkaitan. Ini akan memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia ke arah bandar pintar.
(2) Jalinan kolaborasi ini juga akan memanfaatkan perkhidmatan Microsoft Azure dan Azure Stack memenuhi keperluan hibrid perniagaan di Malaysia. Perniagaan dapat mewujudkan aplikasi IoT perindustrian yang lebih baru dan analisis data untuk menyelesaikan masalah keperluan pasaran.

(3) Maxis akan menggunakan penyelesaian Modern Workplace Microsoft termasuk Microsoft Teams bagi memberikan fleksibiliti pekerja untuk mengintegrasikan kehidupan dan keluarga mereka. Ini termasuklah – keupayaan untuk bekerja di mana saja dengan sambungan rangkaian dan perniagaan merentas pelbagai peranti.
Turut dimasukkan di dalam MoU, Microsoft akan berkongsi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang teknologi IoT dan Cloud. Ia bertujuan mempelbagaikan aplikasi penawaran Maxis dalam bidang pembangunan bandar pintar, utiliti dan penyelesaian lain yang berkaitan.

