Pandang Pertama Samsung Galaxy A71 Memang Buat Korang Tidak Keruan

Samsung baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A71 di Indonesia dan kehadiran peranti ini membuatkan ramai yang teruja menantikan kehadiran peranti ini. Ini adalah pandang pertama Samsung Galaxy A71.

 

Panel Belakang

Jika dilihat di bahagian panel belakang, rekaannya sangat unik kerana ia ditampilkan dengan perincian yang sangat unik. Corak yang ditampilkan seakan potongan diamond yang memberikan sentuhan eksklusif di bahagian belakang. Dipadankan pula dengan warna Prism Crush Blue membuatkan korang dah tak pandang tempat lain apabila melihatnya.

Di bahagian panel belakang juga, ia direka dengan sedikit lengkungan di bahagian kiri dan kanan bagi memberi keselesaan ketika dipegang.

 

Skrin Yang Superb Luas!!

Kalau korang nak tahu, Samsung Galaxy A71 ini ditampilkan dengan skrin yang sangat luas iaitu 6.7″ Infinity-O Display Super AMOLED. Paparan Infinity – O ini memberikan feel yang berbeza ketika korang menonton pada Samsung Galaxy A71 ini. Terasa lebih luas dan kualiti paparan sangat menakjubkan dengan warna yang terhasil sangat tepat!

 

Bahagian Sisi kiri & Kanan

Sisi Kiri
Slot Sim

Di bahagian kiri, Samsung Galaxy A71 ini dihadirkan dengan slot sim sahaja.

Sisi Kanan

Manakala di bahagian kanan pula disertakan dengan butang kuasa dan laras suara yang memudahkan kawalan ke atas 2 fungsi ini dilakukan tanpa gangguan.

 

Bahagian Bawah

Di bahagian bawah peranti ini pula, ia disertakan dengan audio jack, port pengecasan (USB-C) dan speaker.

 

Kuasa Dalaman Yang Hebat!

Kalau korang nak tahu, Samsung Galaxy A71 ini tampil dengan pemproses yang berkuasa bagi kelasnya iaitu Octa Core (Dual 2.2GHz + Hexa 1.8GHz) sememangnya luar biasa. Buat pertama kali memegang peranti ini, sangat lancar dan pantas ketika membuka aplikasi. Tiada sebarang lag dan sangat smooth.

 

Kamera Utama 64MP!!!

Sungguhpun ia kelas pertengahan, tetapai Samsung Galaxy A71 ini tampil dengan sistem 4 kamera dan kamera utamanya adalah 64MP(f/1.8)!!! Besar giler!! Ia turut dihadirkan dengan 5MP(f/2.2) + 5MP(f/2.4) + 12MP(f/2.2). Kamera hadapan pula adalah 32MP.

Bagi penggunaan singkat ini, ia nyata memberikan hasil gambar yang sangat berkualiti khususnya dari aspek warna yang terhasil dengan perincian gambar yang sangat baik. Try la tengok sikit hasil gambar ini!

Itu adalah Pandang pertama Samsung Galaxy A71. Nantikan artikel reviu penuh mengenai peranti ini daripada kami tau!!!!

______________________

Artikel berkaitan:
You might also like