
Kepada yang sedang tertunggu-tunggu, ISTIMEWA kami ‘hidangkan’ untuk korang di mana Samsung Galaxy A51 & Galaxy A71 kini telah ditawarkan untuk pasaran tempatan. Barisan baharu peranti Samsung dibawah keluarga Galaxy A ini nampakanya menyertakan sejumlah penawaran menarik dengan teknologi terkini – termasuk paparan lebih besar dan sokongan empat kamera utama serba hebat.

Bagi yang berminat, pra – tempahan telah dibuka bermula hari ini sehingga 5 Februari 2020. Setiap pra – tempahan didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik dan ketersediaan adalah seperti berikut :
| MODEL | HARGA | WARNA | HADIAH PERCUMA |
| Samsung Galaxy A51 | RM1,299 |
|
Perlindungan tambahan bernilai RM119 termasuk: • Waranti tambahan selama satu (1) tahun • Perlidungan skrin |
| Samsung Galaxy A71 | RM1,799 |
|
Perlindungan Tambahan bernilai RM185 termasuk: • Waranti tambahan selama satu (1) tahun • Perlidungan skrin |

