[ Ura – Ura ] : Penanda Aras Geekbench – Samsung Galaxy A41 Mungkin Sokong Chipset MediaTek Helio P65 & 4GB RAM?

Samsung nampaknya persediaan untuk satu lagi peranti baharu – mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy A41. Lebih menarik, peranti ini dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench sekaligus mendedahkan beberapa spesifikasi utamanya. Samsung Galaxy A41 muncul dengan kod nama SM-A415F mencatatkan sebanyak 1,684 mata dalam ujian satu teras dan 5,043 mata dalam ujian pelbagai teras.

Selain itu, senarai Geekbench juga mendedahkan cip pemproses yang digunakan – MediaTek Helio P65 octa-core 1.70GHz dengan persediaan 4GB RAM. Pun begitu, ia mungkin muncul dengan beberapa lagi varian lain. Tidak ketinggalan, Samsung Galaxy A41 bakal menggunakan sistem operasi Android 10 terus daripada kotak berasaskan antaramuka One UI 2.0. Nampaknya Samsung begitu pantas muncul dengan pewaris baharu yea?

[ S U M B E R ]


Artikel Berkaitan: 

You might also like