
OPPO F1s dan F1 Plus kini boleh didapati di stor Senheng and senQ Digital Stations seluruh negara. Anda boleh menikmati faedah istimewa seperti faedah 0% sehingga 24 bulan, Jaminan 1 Tahun tambahan PlusOne dan program Trade-up.
Sepanjang tempoh promosi, dari 17 November 2016 hingga 31 Januari 2017, pelanggan yang membeli F1 Plus dan F1s dengan menggunakan AEON Easy Payment atau kad kredit Hong Leong layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM128. Selain itu, promosi 4-hari (dari 17 November 2016 hingga 20 Nov 2016) akan diadakan di senQ Digital Stations. Pelanggan yang membeli OPPO F1s dan F1 Plus akan layak menerima pakej OPPO Care yang bernilai RM98 secara percuma.
Jadi tunggu apa lagi, promosi ini sudah pun bermula, singgahlah di mana-mana stor Senheng atau senQ Digital Stations bagi mendapatkan OPPO F1s dan F1 Plus.