Qualcomm Snapdragon 835, Dibina Atas Pemproses 10nm Samsung

1Qualcomm baru sahaja memperkenalkan cip pemproses mereka yang dikenali sebagai Snapdragon 835. Cip ini melakar sejarah sebagai yang pertama dibina dengan pemproses 10nm, dan untuk mencapai kejayaan penghasilan cip generasi baru ini, Qualcomm bekerjasama dengan Samsung di mana syarikat Korea itu bertanggungjawab dalam pembangunan dan penghasilan pemproses 10nm.

Kelebihan pertama cip Snapdragon 835 bersaiz 10nm adalah ia mengurangkan penggunaan ruang, lantas membolehkan pengeluar memaksimakan ruang yang dijimatkan dengan komponen lain. Selain itu saiz mikro yang dimiliki membolehkan ia menggunakan sedikit sahaja kuasa untuk beroperasi, menurut Qualcomm, sebanyak 40% penjimatan kuasa boleh dicapai dengan cip ini. Paling penting sekali, Snapdragon 835 memberikan 27% tambahan kuasa pemproses berbanding sebelum ini.

2Selain dari memperkenalkan cip terbaru, Qualcomm juga memberikan sedikit butiran berkenaan protokol cas terbaru mereka, QuickCharge 4. Protokol cas terbaru ini menawarkan kepantasan cas yang lebih baik berbanding QuickCharge 3.0. Bersama-sama protokol ini, Qualcomm memperkenalkan sistem keselamatan kuasa Innov 3.0 yang membolehkan kadar kuasa cas dikawal dan dipantau agar sentiasa berada dalam kondisi yang selamat.

You might also like