Reviu Eksklusif: OPPO F1s, Gambar Selfie Secantik Nora Danish!

OPPO F1s (1)

OPPO F1 yang terkenal dengan tagline ‘Selfie Expert’ telah melancarkan variasi ketiganya yang dikenali sebagai OPPO F1s. Diserikan dengan penampilan pakar selfie terkenal Nora Danish, smartphone ini tampil dengan penggambaran selfie yang luar biasa. Ingin mengambil gambar selfie secantik Nora Danish? Ikuti reviu eksklusif OPPO F1s dari kami!

PERBEZAAN SPESIFIKASI

Ramai pembaca tentu ingin tahu perbezaan di antara ketiga-tiga peranti ‘Selfie Expert’ ini, jadi mari kita semak jadual di bawah.

OPPO F1s

OPPO F1 Plus

OPPO F1

HARGA

RM 1,198

RM 1,898

RM 998

PLATFORM

Android 5.1.1 Lollipop

KAD SIM

Nano SIM
(kedua-dua slot)

Nano SIM (kedua-dua slot)

Micro SIM & Nano SIM

PEMPROSES

MediaTek MT6750
Octa Core 1.5GHz
Mali-T860MP2

MediaTek MT6755
Octa Core 2.0GHz
Mali-T860

Qualcomm Snapdragon 616
Octa Core 1.7GHz
Adreno 405

DIMENSI

154.5x76x7.38mm
160g

151.8×74.3×6.6mm
145g

143.5x71x7.3mm
134g

PAPARAN

5.5 inci HD IPS LCD
1280×720 piksel
267 ppi
Corning Gorilla
Glass 4

5.5 inci HD AMOLED
1920 x 1080 piksel
401 ppi
Corning Gorilla
Glass 4

5.0 inci HD IPS LCD
1280 x 720 piksel
294 ppi
Corning Gorilla
Glass 4

MEMORI

Memori Dalaman: 32GB
RAM: 3GB
microSD:
sehingga 256GB

Memori Dalaman: 64GB
RAM: 4GB
microSD:
sehingga 128GB

Memori Dalaman: 32GB
RAM: 3GB
microSD:
sehingga 128GB

KAMERA
UTAMA

13 Megapiksel
Auto Fokus
LED flash
Aperture f2.2

13 Megapiksel
Auto Fokus
LED flash
Aperture f2.2

13 Megapiksel
Auto Fokus
LED flash
Aperture f2.2

KAMERA HADAPAN

16 Megapiksel
Auto Fokus
LED flash
Aperture f2.0

16 Megapiksel
Auto Fokus
LED flash
Aperture f2.0

8 Megapiksel
Auto Fokus
Aperture f2.0

BATERI

Lithium Polymer
3075 mAh

Lithium Polymer
2850 mAh
VOOC Flash Charge

Lithium Polymer
2500 mAh

KESELAMATAN BIOMETRIK

Sensor Pengecaman Cap Jari

Sensor Pengecaman Cap Jari

X

 

APA YANG MENARIK?!

 

Slot Kad SIMSlot Kad SIM
Sebelum ini OPPO menyediakan slot kad SIM jenis hibrid, di mana anda perlu memilih sama ada ingin menggunakan kad SIM ataupun kad memori microSD pada slot kedua. Tetapi berlainan pula dengan OPPO F1s yang telah menyokong tiga slot berbeza, jadi anda tidak perlu memilih slot kad SIM ke dua dengan kad memori tambahan.

 

Penggambaran Utama & Depan

Kelebihan yang dimiliki oleh F1s adalah lensa penggambaran hadapan beresolusi 16 Megapiksel dengan sensor 1/3 inci dan apertur besar f/2.0, serta sokongan LED flash yang sememangnya sesuai untuk mereka mengambil gambar selfie mahupun groupie.

Mod Penggambaran: Menegak / Melintang
Mod Penggambaran: Menegak / Melintang

Lebih menarik lagi, F1s turut menawarkan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Beautify 4.0 yang menyediakan tujuh taraf kecantikan dan dua mod tone kulit supaya menghasilkan wajah yang lebih natural serta sokongan terhadap Selfie Panorama.

Penggambaran Selfie
Penggambaran Selfie

Manakala kamera utama 13 Megapiksel pula dilengkapi bersama LED flash, sesuai untuk penggambaran malam.

Penggambaran Utama: Menegak / Melintang
Penggambaran Utama: Menegak / Melintang

Kaedah Pengesahan Biometrik

Main 1Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, F1s satu pilihan yang terbaik buat anda. Berbeza dengan model sebelum ini, ia menyediakan akses pengimbas cap jari yang pantas, iaitu hanya 0.22 saat sahaja. Lebih istimewa, fungsi pengimbas cap jari ini boleh digunakan untuk lima menu yang berbeza contohnya.

2

Jari 1: Galeri Jari 2: Facebook Jari 3: WhatsApp
Jari 1: Galeri                                    Jari 2: Facebook                                 Jari 3: WhatsApp
Setting → Finger print and password → Add a fingerprint   

HASIL GAMBAR

Macro
Macro
Night View
Night View
Outdoor
Outdoor
Indoor
Indoor
SELFIE
Selfie

 

KOMEN EDITOR

Model F1 Plus pastinya mampu menarik perhatian golongan mereka yang suka berselfie kerana tampil dengan lensa hadapan beresolusi 16 Megapiksel dengan bukaan aperture yang tinggi. Malah harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding dengan OPPO F1 Plus. Editor sendiri tertarik dengan sokongan spesifikasi yang berkuasa serta penyediaan pelbagai fungsi menarik yang dimiliki oleh peranti ini. Manakala dari segi reka bentuknya pula, editor merasakan sentuhan kemasan logam memperlihatkan OPPO F1s kelihatan premium dan tampil dengan ketebalan hanya 7.38. Namun sedikit mengecewakan, teknologi pengecas pantas VOOC yang disokong oleh model F1 Plus kini tidak lagi tersedia pada model ini.

You might also like