
Motorola Bakal Melancarkan Moto Z2 Force Pada 25 Julai Depan
Minggu lepas sahaja pasaran Malaysia sudah menerima kehadiran Moto Z2 Play , ia sebuah telefon pintar yang hadir dengan ciri modular. Terbaru, Motorola pula mengumumkan akan melancarkan model yang lebih tahan lasak pada 25 Julai 2017 depan.
Dalam iklan Motorola ini, ia menguatkan jangkaan bahawa model Moto Z2 Force yang akan diperkenalkan. Peranti yang difokuskan ini dikatakan akan dilengkapi dengan paparan 5.5 inci QHD kalis pecah dan cip berkuasa Qualcomm Snapdragon 835. Kelengkapan lain dikuatkan lagi dengan RAM sebanyak 4GB bersama fungsi dwi kamera utama.
Selain itu, Moto Z2 Force mampu menarik liputan rangkaian LTE sehingga 1Gbps dan sokongan Moto Mods juga dibekalkan. Dalam majlis pelancaran nanti, kemungkinan model Moto X4 juga turut diperkenalkan bersama-sama.

