Rangkaian Celcom Kini Capai Pengalaman Penstriman Video Terunggul

1030
- Iklan -

Tumpuan konsisten Celcom Axiata Berhad kepada pengalaman pelanggan telah menghasilkan nilai yang hebat sekaligus memperoleh penanda aras baru untuk pengalaman video.

Baru-baru ini, Celcom melancarkan kempen ‘Guna Celcom’, berikutan penyempurnaan pengoptimuman rangkaian di seluruh negara. Ia bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pengalaman hebat data dan video yang ditawarkan oleh rangkaian Celcom.

Kempen ini disokong oleh pencapaian telekomunikasi dengan 94% daripada 965 kluster di seluruh negara termasuk bandar-bandar utama seperti Lembah Klang, Putrajaya, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan banyak – pengiktirafan 4 bintang untuk penstriman video HD di YouTube.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi

Sehingga Februari 2019, pelaburan Celcom dalam rangkaiannya telah berhasil dengan 9000 tapak LTE disempurnakan di seluruh negara bagi menyediakan data melalui kapasiti rangkaian yang lebih besar.

Dalam erti kata lain, rangkaian Celcom kini menawarkan pengalaman digital terbaik untuk penstriman video, rangkaian sosial, permainan mudah alih dan jalur lebar tanpa wayar dengan rangkaian 4G.

Dalam pada itu, Celcom juga mengatakan mereka bakal mempertontonkan beberapa bentuk penggunaan rangkaian 5G secara rasminya pada bulan April 2019 – termasuk kenderaan berhubung, fungsi Holoportation, 5G Fixed Wireless Access dan juga teknologi dron berhubung.