Sony Perkenal Headphone WF-1000XM3, Beri Bunyi Mengagumkan Buat Pengguna Dengan Harga Hanya RM949

Jenama terkemuka Sony memperkenalkan aksesori terbaharunya iaitu WF-1000XM3 yang merupakan headphone nirwayar yang bakal dijual pada harga RM949 bermula Ogos ini.

Tampil dengan HD Noise Cancelling Processor QN1e chip dan Dual Noise Sensor Technology yang memberikan persembahan yang mengagumkan. Bunyi muzik tampil dengan sangat jelas.

Ia juga mampu mencapai bunyi yang mengagumkan disebabkan oleh pemproses 24-bit audio signaldan DAC dengan amplifier.

Digital Sound Enhancement Engine HX (DSEE HX™) memapatkan fail muzik digital termasuk format MP3, yang mempamerkan kualiti setanding High-Resolution Audio.

Disebabkan ia hadir tanpa wayar, ia dilengkapi dengan cip Bluetooth yang baru dibangunkan yang mana ia membenarkan earbuds di kiri dan kanan menerima audio pada masa yang sama.

Anda boleh mendengar muzik menggunakan headphone ini sehingga 24 jam tanpa perlu bimbang dengan kuasa baterinya kerana HD Noise Cancelling Processor QN1e memberikan penggunaan tenaga yang rendah. Ia juga mampu di cas dengan pantas. Dengan hanya pengecasan selama 10 minit, ia memberikan 90 minit jangka hayat bateri.

Bagi memudahkan pengguna, ia turut disertakan dengan Quick Attention mode untuk berkomunikasi tanpa perlu mengalihkan earbuds. Dengan hanya meletakkan jari di panel sentuhan di earbud di sebelah kiri untuk merendahkan kelantangan muzik.

Headphone ini serasi apabila dipadankan dengan Sony | Headphones Connect app yang mana anda boleh temui pelbagai funsi lain.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Sony.

You might also like