realme XT Kini Mendarat Di Pasaran Tempatan – Harga Jualan Rasmi RM1,399

realme kini muncul dengan sebuah lagi penawaran baru untuk barisan smartphone keluaran mereka iaitu realme XT. Kemunculan model kali ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai pengguna – ekoran daripada penawaran hebat baik dari segi dalaman mahupun luaran.

[ PANDANG PERTAMA REALME XT ]

realme XT membawakan paparan bersaiz 6.4″ Super AMOLED dengan resolusi FHD+ bersama nisbah skrin ke badan sebanyak 91.9%. Paparan ini menggunakan Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung utama dan dibekalkan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin sebagai keselamatan.

Enjin dalaman peranti dijana oleh cip pemproses Snapdragon 712 AIE dengan penawaran memori terbaik iaitu RAM 8GB serta storan dalaman 128GB. Menariknya lagi, memori ini boleh dikembangkan sehingga 256GB.

Hasil gambar diambil dari realme XT

Untuk ketetapan kamera, ia membawakan persediaan empat kamera utama dengan gabungan lensa: 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera selfie sebesar 16MP. Kamera ini menawarkan pelbagai fungsi menarik termasuk Ultra 64MP, Ultra Macro dan banyak lagi.

Melengkapi peranti adalah bteri berkapasiti 4,000mAh menerusi pengecasan USB-C bersama sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Pearl White dan Pearl Blue dengan harga jualan RM1,399. Jualan pertama akan bermula 09 November sementara Lazada akan membuka jualan eksklusif dengan tawaran menarik pada 11 November tepat jam 12am.

Susulan pelancaran realme juga memperkenalkan aksesori di bawah jenama mereka, antaranya realme Power Bank, realme Buds 2 dan realme Buds Wireless. Aksesori ini akan dijual mulai 11 November 2019, jam 12am di Shopee, sementara Buds Wireless telah membuka pra-tempahan mulai hari ini.

[ Realme Muncul Dengan Barisan Produk Baru – Kolaborasi Bersama Alan Walker Perkenal Realme Buds Wireless ]

Pada masa yang sama, realme 5 versi 3GB + 32GB juga akan ditawarkan pada harga RM499 (harga asal RM549) sempena 11.11.2019 eksklusif di Lazada.

 

 

You might also like