
Buat peminat jenama Acer di Malaysia pastinya gembira apabila Acer telah memperkenalkan rangkaian produk ConceptD, dari komputer meja, komputer riba hingga ke monitor berprestasi tinggi. Barisan produk ini ditawarkan pada harga bermula RM3,999.
ConceptD 3 Pro
Komputer riba ini tampil dengan skrin yang baik iaitu 15.6″ dan mendapat pengesahan PANTONE yang mempunyai ciri Delta < 3. Dihadirkan dengan kad grafik yang sangat baik iaitu NVIDIA Quadro T1000, dijual pada harga RM5,999.
ConceptD 5 Pro
Bagi komputer riba ini, ia tampil dengan 2 varian skrin iaitu 15.6 inci / 17.3 inci ultra tinggi (3840 x 2160) skrin IPS, bersama sokongan 100% gamut warna Adobe RGB dan paparan 4K UHD PANTONE menawarkan paparan yang sangat baik.
Harga Jualan seperti berikut:
- ConceptD 5 Pro 15.6″ (NVIDIA® Quadro® T1000): RM6,999
- ConceptD 5 Pro 15.6″ (NVIDIA® Quadro® RTX3000): RM7,999
- ConceptD 5 Pro 17.3″ (NVIDIA® Quadro® RTX3000): RM8,699
ConceptD 7 & 7 Pro
Ini satu lagi peranti yang sangat berkuasa! ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro direka untuk tugasan kreatif seperti yang dilakukan oleh editor video dan pereka grafik bergerak. Hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci Pantone® Validated 4K UHD IPS, dengan 100% Adobe® RGB gamut warna dan ketepatan warna Delta E<2.
Harga Jualan seperti berikut:
- ConceptD 7 Pro (NVIDIA® Quadro® RTX3000): RM8,699
- ConceptD 7 Pro (NVIDIA® Quadro® RTX5000): RM12,999
- ConceptD 7 (NVIDIA® GeForce® RTX2060): RM9,999
ConceptD 9 Pro
Peranti ini memang yang paling nice. Hadir dengan skrin sentuh 17.3 inci bersama sokongan Pantone® Validated 4K UHD IPS, menyediakan 100% Adobe® RGB dan 100% sRGB gamut warna dengan ketepatan warna Delta E<1 yang sangat sesuai untuk tugasan 3D.
Pemproses juga sangat berkuasa apabila ia dihadirkan dengan Intel serta kad grafik NVIDIA® Quadro® RTX5000, lagi best disertakan pen stylus Wacom EMR dengan 4096 tahap sensitiviti tekanan. ConceptD 9 Pro boleh didapati pada harga RM18,999.
ConceptD 500
Komputer meja yang canggih ini hadir dengan kad grafik NVIDIA® Quadro® P2000 dan dipadankan dengan pemproses Intel® Core™ i7 9700k, 16GB RAM dan 256GB SSD + 1TB HDD. Anda boleh beli pada harga RM7,999 dengan waranti selama 3 tahun.
ConceptD 500 memiliki reka bentuk moden dengan gabungan warna putih dan sentuhan kayu, fungsi yang terdapat dalamnya termasuk pengecasan tanpa wayar Qi, barisan port sambungan berkelajuan tinggi serta ConceptD Pallete bagi membolehkan pengguna memantau CPU, GPU dan memori.
Monitor ConceptD CP7271K P & CP3271K P
Pereka cipta memerlukan ketepatan warna di sebalik apa yang lazimnya monitor biasa boleh tawarkan, oleh itu Acer memperkenalkan monitor ConceptD CP7271K P dan CP3271K P yang dilengkapi paparan Pantone® Validated, Delta E<1, dan 93% DCI-P3.
Paparan 27 inci 4K UHD IPS dilengkapi G-Sync® Ultimate® dengan sokongan kadar segar mencecah 144Hz, kualiti segar HDR dijamin oleh VESA Certified DisplayHDR™ 1000. Manakala ConceptD CP3271K P adalah monitor 27 inci dengan VESA-Certified DisplayHDR™ 400, 4K UHD dan gamut warna luas 90% DCI-P3 ruang warna.
Harga Jualan Seperti Berikut:
- ConceptD CP7271K P: RM6,999
- ConceptD CP3271K P: RM3,399
Maklumat lanjut, layari FB Acer Malaysia, pembelian barisan produk ConceptD boleh dibeli melalui Acer Online Store, rakan e-dagang Lazada atau Shopee.