Xiaomi Mengumumkan Ketibaan Peranti Android One Baharu – Mi A2 & Mi A2 Lite

1190
- Iklan -

Setalah peranti Android One pertama iaitu Xiaomi Mi A1 dirasmikan pada September tahun lepas, hari ini Xiaomi secara rasminya memperkenalkan generasi terbaru iaitu Mi A2 dan Mi A2 Lite. Kejayaan besar pada Mi A1 memperlihatkan keupayaan Android asli dengan spesifikasi bagus pada harga mampu milik adalah tarikan utama menarik minat pelanggan.

Hari ini pihak Xiaomi meletakkan Mi A2 dan Mi A2 Lite pada harga yang sama juga mesra pengguna, malah hadir dengan pelbagai penambahbaikan terutamanya pada fungsi penggambaran. Mi A2 hadir bersama skrin 5.99 inci pada nisbah 18:9 yang dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass 5, rekaan unibodi aluminium ini hanya setebal 7.3mm sangat selesa dipegang.

Cip pemproses menggunakan Snapdragon 660 dengan sokongan AIE (Artificial Intelligence Engine), memori 4GB/6GB RAM disediakan bersama bateri berkapasiti 4,000mAh. Satu lagi penambaikan adalah sokongan AI pada dwi kamera utama yang beresolusi 12MP + 20MP, serta kamera hadapan 20MP yang menggunakan sensor Sony IMX376. Teknologi sensor Super Pixel-enable menjanjikan gambar lebih cerah walaupun berada di suasan yang kurang pencahayaan. Tambahan lagi ciri-ciri menarik seperti AI Portrait, AI Beautify 4.0, HDR dan banyak lagi.

Mi A2 Lite pula merupakan peranti Android One yang pertama tampil dengan paparan skrin 5.84 inci FHD+ pada nisbah 19: 9, ciri-ciri berguna seperti Auto Contrast, Mod Reading dan Mod Malam turut disokong. Panel belakang hadir dengan dwi kamera utama 12MP + 5MP AI, manakala kamera hadapan 5MP menyokong mod AI Portrait. Mi A2 Lite mempertaruhkan cip pemproses 625 pada memori 3GB/4GB RAM.

Harga jualan Mi A2:
  • 4GB+32GB: €249 (~RM1182)
  • 4GB+64GB: €279 (~RM1325)
  • 6GB+128GB: €349 (~RM1658)
Harga jualan Mi A2 Lite:
  • 3GB+32GB: €179 (~RM850)
  • 4GB+64GB: €229 (~RM1087)

Kedua-dua peranti Android 8.1 Oreo berasaskan Android One ini bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, kita nantikan harga rasmi ya.