Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi A1, Peranti Android Tulen + Dwi Kamera 12 Megapiksel

HARGA: RM 999 RM 1,099

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar terbaru Mi A1 mereka dengan kehadiran dwi kamera di belakang secara rasmi untuk pasaran Tempatan. Menariknya, peranti ini bukanlah menggunakan antaramuka MIUI tetapi memilih antaramuka Android asli, iaitu Android One.

Dengan harga mampu milik, spesifikasi dalaman yang ditawarkan sangat berbaloi untuk dimiliki. Lebih menarik, Kamera belakang yang menerima dwi kamera 12 Megapiksel optikal zoom ini adalah sama yang diguna pakai pada model Xiaomi Mi 6.

 

SPESIFIKASI

PLATFORM
  • Android 7.1.2 Nougat
KAD SIM
  • Dual SIM (nano SIM)
PEMPROSES
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • Octa-core 2.0GHZ
  • Adreno 506
  • 14nm / 64 bit
DIMENSI
  • 155.4 x 75.8 x 7.3mm / 165g
PAPARAN
  • 5.5 inci HD IPS LCD
  • 1920 x 1080 piksel (~403ppi)
  • 2.5D curves glass screen
MEMORI
  • 64GB ROM / 4GB ROM
  • microSD sehingga 128GB
KAMERA UTAMA
  • 12 Megapiksel + 12  Megapiksel
  • Aperture f/2.2 + aperture f/2.6
  • Auto fokus
  • Dual LED flash
  • 2x optikal zoom
KAMERA DEPAN
  • 5 Megapiksel
  • Aperture f/2.0
RAKAMAN VIDEO
  • UHD 4K 2160p
BATERI
  • Li-Ion 3080mAh
  • Pengecasan pantas
KESELAMATAN BIOMETRIK
  • Pengimbas cap jari
SAMBUNGAN
  • WiFi 802.11ac
  • Bluetooth 4.2
  • InfraMerah
  • VoLTE 4G
  • USB Type-C
  • USB OTG
  • GPS + GLONASS
  • BeiDou

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Xiaomi Mi A1
  3. Adapter pengecas
  4. Kabel USB Type-C
  5. Buku panduan
  6. Pin slot

 

KENAPA PERLU MEMILIKI SMARTPHONE INI?!

1) Android One

Model pertama Xiaomi dioperasikan oleh Android One yang mengekalkan antaramuka asal Android tanpa bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna.

 

2) Pemproses Berkuasa

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 625, Octa-core 2.0GHz serta Adreno 506 yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga RM1,099.

 

3) Dwi Lensa

Menyokong lensa dwi kamera dengan teknologi yang sama digunakan pada peranti flagship Xiaomi iaitu Mi 6, walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan.

 

4) Pengimbas Cap Jari

Sokongan teknologi pengimbas cap jari yang turut menjadi satu kemestian pada telefon pintar hari ini juga disediakan pada Xiaomi Mi A1.

 

5) Audio Berkualiti

Selain kualiti bass yang sedap didengar, Mi A1 juga turut menyokong VoLTE 4G yang menghasilkan audio yang jelas walaupun ketika berada di persekitaran yang bising.

 

6) ROM & RAM Besar

Kehadiran ROM dan RAM yang besar, iaitu berkapasiti 64GB serta 4GB membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih dengan lebih lancar.

 

REKA BENTUK

Paparan Skrin

Apabila berada dalam mod standby, paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan permukaan 2.5D ini kelihatan seakan-akan tidak memiliki bezel pada bahagian sisinya.

Tetapi apabila paparan skrin diaktifkan, jelas dapat dilihat bahawa ia sebenarnya memiliki bingkai hitam yang agak besar berukuran hampir 2mm di sekeliling skrin.

 

Dwi Kamera & Pengimbas Cap Jari

Kedudukan pengimbas cap jari Mi A1 ditempatkan pada bahagian panel belakang kerangka sama seperti peranti keluaran sebelum ini Xiaomi.

Pada bahagian atas sensor pengimbas cap jari pula boleh ditemui lensa utama beresolusi 12 Megapiksel + 12 Megapiksel dengan sokongan Dual Real Tone LED Flash.

 

Sisi Peranti

Ssi kanan hanya menempatkan butang melaras volume dan juga butang kuasa, manakala sisi kiri pula hanya menyediakan slot kad SIM yang boleh dibuka menggunakan pin khas yang disediakan di dalam pakej pembelian.

Kedua-dua slot ini menyokong kad SIM jenis nano, tetapi salah satu daripada slot kad nanoSIM itu boleh digunakan untuk menyokong kad microSD.

 

Port & Audio

Dengan ketebalan kerangka 7.3mm, Xiaomi Mi A1 masih mengekalkan penyediaan port 3.5mm audio jack yang terletak di bahagian bawah kerangka.

Bersebelahan port itu juga turut tersedia sebuah mikrofon, port USB Type-C serta serta lubang speaker. Manakala bahagian atas pula kelihatan agak ringkas dengan sensor InfraMerah serta mikrofon.

 

Apa itu Android One?!

Mi A1 adalah model pertama diperkenalkan oleh Xiaomi yang menyokong Android One. Ia adalah Android yang mengekalkan antaramuka asal Android tanpa bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna. Apa yang pasti, persembahan antaramuka asal ini sememangnya menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik.

UI ANDROID ONE

Sepertimana yang kita telah ketahui, Xiaomi Mi A1 tidak lagi menggunakan paparan antaramuka MIUI, sebaliknya tampil dengan paparan Android asal yang dikenali sebagai Android One. Selain mengekalkan antaramuka asal Android tanpa bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna, ia secara tidak langsung membolehkan peranti ini menerima kemas kini firmware lebih awal berbanding kemas kini dari Xiaomi.

Lockscreen
Homescreen
Quick Settings
App Drawer
Recent App
Tetapan

 

ZON UJIAN

UJIAN 1 : BENCHMARK

Dengan bajet sebanyak RM1100, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Xiaomi Mi A1 boleh dianggap peranti Android yang menawarkan prestasi terbaik dalam kategorinya. Lebih menariknya, sokongan antaramuka peranti ini yang mengekalkan antaramuka asal Android turut menjanjikan pengalaman penggunaan yang jauh lebih menarik kerana tiada lagi aplikasi pra-pasang yang tidak digunakan oleh pengguna.

 

UJIAN 2 : PENGECASAN PANTAS

Walaupun dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3080mAh, telefon pintar ini mampu bertahan seharian dengan adanya mod penjimatan bateri yang dikenali sebagai Battery saver. Lebih menariknya, masa mengecas juga terasa lebih pantas dengan sokongan pengecasan pantas, di mana mampu mengecas dari 7% hingga 100% dalam masa 2 jam sahaja. Kami berjaya menggunakan telefon pintar ini lebih kurang 20 jam dengan SOT sekurang-kurangnya 5 jam untuk melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube dan navigasi pemanduan tanpa masalah.

  • Xiaomi Mi A1 mula mengecas apabila bateri hanya tinggal 7%
  • Masa yang diambil untuk mengecas penuh peranti ini hanya 2 jam sahaja.

 

KOMEN

KELEBIHAN
  • Peranti pertama Xiaomi yang menawarkan antaramuka asal Android dan tidak lagi dipasang dengan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan seperti sebelum ini.
  • Menawarkan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel + 12 Megapiksel dengan 2x optikal zoom serta pelbagai mod menarik yang setanding dengan telefon pintar flagship.
  • Kerangka unibodi logam yang terasa premium dan sangat nipis, sememangnya memberikan pengalaman penggunaan yang baik.
  • Pemproses yang berkuasa serta RAM dan ROM yang besar melancarkan lagi penggunaan peranti pintar ini.

KELEMAHAN
  • Tidak sesuai untuk penggemar swafoto kerana kualiti kamera depan adalah sederhana sahaja.
  • Sokongan dengan output 5V2A merupakan standard teknologi pengecas pantas yang paling minimum dan agak mengecewakan kerana ia mengambil masa yang lama untuk mengecas penuh.
  • Masih menyokong slot kad jenis hibrid yang membataskan penggunaan dua kad SIM dan satu kad microSD secara serentak.

 

Ingin mengetahui keupayaan penggambarannya, boleh semak di BAWAH…

Reviu Eksklusif: Pertempuran Peranti Dwi Kamera dari 3 Kategori Berbeza!

 

 

You might also like