Lensa Bingkai Penuh Sony Planar T* FE 50mm F1.4 ZA Dijual Pada Harga RM 6,999

pic 1Sony selaku peneraju pengimejan digital dan pengeluar sensor imej terbesar di dunia, baru-baru ini telah memperkenalkan lensa bingkai penuh terbaru keluarannya untuk sistem kamera E-mount dengan kemunculan Planar T* FE 50mm F1.4 ZA (model SEL50F14Z). Lensa 50mm ini menawarkan ciri-ciri menarik seperti aperture maksimum mencecah sehingga F1.4 bagi menghasilkan kontras terbaik dan juga resolusi yang memukau sebagai mercu tanda jenama ZEISS.

Lensa ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang konsisten pada keseluruhan bingkai dari bahagian tengah sehingga ke sudut dalam apa jua tetapan aperture yang digunakan. Struktur optik yang canggih termasuk ketepatan AA (Advanced Aspherical) yang tinggi dan juga elemen kaca ED (Extra-low Dispersion) yang disokong juga mampu mengurangkan penyimpangan sfera dan juga kromatik. Selain itu, lapisan ZEISS T* pula berupaya mengurangkan suar dan efek ghosting bagi mewujudkan kejelasan klasik ZEISS, manakala reka bentuk satah pula memastikan isu herotan yang minimum.

ap_7
Hasil Gambar
ap_3
Hasil Gambar

Sony Planar T* FE 50mm F1.4 ZA akan dijual di semua pengedar Sony yang sah di seluruh negara dan akan dijual pada harga RM 6,999.

You might also like