
Sony Umum Senarai Rasmi Peranti Yang Akan Menerima Kemas Kini Android 7.0 Nougat
Sebelum ini HTC telah mendedahkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini Android 7.0 Nougat untuk tiga model keluarannya iaitu One A9, One M9 dan juga HTC 10. Kemudian pihak Samsung pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Samsung Galaxy Note7 terbarunya bakal menerima kemas kini versi Android ini dalam tempoh selewat-lewatnya tiga bulan dari ia dilancarkan.
Nampaknya baru-baru ini Sony pula telah mengumumkan senarai rasmi peranti keluarannya yang akan menerima kemas kini Android 7.0 Nougat pada masa akan datang. Berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan, hanya sembilan model sahaja yang telah disahkan bakal menyokong kemas kini Android 7.0 Nougat seperti berikut:
- Xperia Z3+
- Xperia Z4 Tablet
- Xperia Z5
- Xperia Z5 Compact
- Xperia Z5 Premium
- Xperia X
- Xperia XA
- Xperia XA Ultra
- Xperia X Performance

