
[TERTIRIS] : ASUS ROG Phone 2 Dijangka Sokong Pengecasan Pantas 30W
ASUS ROG Phone 2 sudah menjadi bualan ramai sejak beberapa bulan lalu. Berita ketirisan mengenainya juga kini kerap kali berlegar di media sosial sehinggakan timbul tanda tanya – apakah kejutan yang sedang dirancang oleh syarikat gergasi teknologi dari Taiwan itu?

Terkini, muncul pula maklumat tertiris mendedahkan Asus ROG Phone 2 didakwa bakal menampilkan sokongan pengecasan pantas 30W – memetik pensijilan 3C. Untuk makluman, penarafan kuasa ini adalah sama seperti model pertama, ROG Phone.
[BACA : Eksklusif : Soal Jawab Bersama ASUS – Apa ASUS Bakal Bawa Masuk Ke Malaysia? ROG Phone 2?!]
Muncul dengan nombor model “I001D”, ASUS ROG Phone 2 dijangka hadir dalam dua versi iaitu I001DA dan I001DB – serasi dengan pengisian maksimum 30W dan satu lagi pada 18W. Pun begitu, penyenaraian tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai peranti ini.
Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]
___________________________________________________________________