MIUI 8 Kini Berwajah Baru Dengan Ciri-Ciri Menarik!

MIUI 8_04Selain Mi Max, Xiaomi juga memperkenalkan paparan antaramuka MIUI terbaharu mereka iaitu MIUI 8. Ia menawarkan penambahbaikkan pada rekaan serta membawakan beberapa ciri-ciri baru. Diinspirasikan daripada kaleidoscope, MIUI 8 kini tampil lebih berwarna warni, penuh animasi dan terdapat juga font baru hasil kerja tangan Xiaomi sendiri, Mi Lanting.

Di antara inovasi yang diterapkan oleh Xiaomi di dalam MIUI kali ini adalah kebolehan untuk membuat aplikasi yang diklonkan serta menguruskan pelbagai akaun pada satu peranti. Ini bermakna, dua aplikasi yang sama boleh dijalankan serentak pada satu peranti tetapi menggunakan akaun berbeza. Untuk membezakan aplikasi yang telah diklon tersebut, anda boleh meletakkan kata laluan berlainan mahupun pengimbas cap jari kiri untuk akaun pertama dan kanan untuk akaun kedua.

未命名_meitu_12Menariknya, kehadiran keupayaan mengimbas data menggunakan kamera juga telah ditambah baik. Selain kod QR, pengguna juga boleh mengimbas kad nama untuk terus ditambah ke dalam senarai kenalan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengimbas produk atau kod bar untuk mencari produk tersebut di laman Internet. Lebih menarik lagi, persamaan matematik turut boleh diimbas untuk diselesaikan oleh komputer tanpa perlu menyalin semula ke dalam smartphone.

未命名_meitu_1Manakala fungsi galeri pula, kini hadir dengan ciri-ciri menarik untuk mengedit gambar dan video dengan meletakkan pelekat, efek, kapsyen dan juga muzik. Ia dikatakan 90% lebih baik berbanding sebelumnya.

Ujian beta untuk MIUI 8 di China akan bermula pada 1 Jun, manakala ROM pembangun akan dikeluarkan pada 17 Jun untuk semua model Redmi dan Redmi Note serta Mi 2 / 2S / 3/4 / 4c / 4S / 5 / Max.

Baca juga:

You might also like