Xiaomi Mi Band 2, Xiaomi Mi Power Bank 10000mAh USB Type-C & iHealth Box

Xiaomi baru-baru ini telah mengadakan acara istimewa di China, di mana mereka telah melancarkan smartphone berskrin besar iaitu Xiaomi Mi Max dengan paparan antaramuka MIUI 8.

Mi Band 2Seiring dengan pelancaran tersebut, Xiaomi turut mempamerkan sebuah gelang tangan pintar terbaru mereka yang diberi nama Mi Band 2. Berbeza dengan model sebelum ini, kini ia menampilkan paparan skrin, namun masih tiada maklumat lengkap mengenai peranti ini.

Mi Power Bank 10000mAh USB Type-CSebuah lagi aksesori yang ditunjukkan oleh CEO Xiaomi adalah Mi Power Bank yang menawarkan kapasiti bateri 10,000mAh dengan sokongan kabel USB Type-C. Ia akan dijual di pasaran China pada harga RMB 150 (RM 93).

iHealth BoxManakala produk terakhir yang diperlihatkan pada acara tersebut adalah iHealth Box iaitu produk keluaran Mijia. Ia berfungsi sebagai memantau tekanan darah dan degupan jantung serta pada masa yang sama akan terus menghantar data ke smartphone melalui sokongan WiFi. iHealth Box ini juga dilengkapi dengan 4.3 inci skrin berwarna, nampaknya lebih menarik berbanding dengan pesaing yang lain. Harga pasarannya ialah RMB 399 (RM 247).

Baca juga:

 

You might also like