Twitter Melancarkan Siaran Video 360 Darjah Ke Periscope

1Pengguna laman sosial Periscope kini boleh menonton video 360 darjah yang boleh ditonton melalui aplikasi mobil ataupun pelayar web komputer. Melalui aplikasi mobil, anda hanya perlu menggerakkan peranti untuk melihat paparan 360 darjah video, manakala pada pelayar web, anda perlu menggerakkan mouse untuk menggerakkan paparan.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua pengguna Periscope boleh menyiarkan video 360 darjah. Menurut Twitter, mereka hanya memberikan akses kepada beberapa pengguna sahaja buat masa ini bagi fasa percubaan. Jika tiada sebarang masalah dan sambutan yang diterima baik, berkemungkinan besar fungsi ini akan dilancarkan secara global tidak lama lagi.

Klik menonton Video Demonstrasi

Muat Turun
You might also like