Signal, Aplikasi Mesej Privasi Yang Perlu Anda Ada

1Data peribadi kini telah menjadi satu komoditi yang sangat berharga, sehinggakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menggodam data peribadi indvidu lain untuk pelbagai tujuan. Kebanyakan data yang dicuri disalah gunakan untuk pelbagai tujuan.

Tahukah anda, mesej komunikasi tanpa encryption (penyulitan) di antara dua pihak boleh dilihat dan dipantau pihak ketiga. Jika anda risau sekiranya data anda bocor atau dicuri pihak lain, anda boleh mencuba pelbagai aplikasi komunikasi dengan fungsi penyulitan bagi meningkatkan keselamatan data anda.

2 3

Salah satu aplikasi yang menerima ulasan positif pengguna adalah Signal yang dilancarkan untuk peranti iOS dan Android. Melalui aplikasi ini anda boleh menghantar mesej dengan kandungan teks dan media yang telah disulitkan bagi memastikan ianya tidak jatuh ke tangan orang lain. Anda juga boleh melakukan panggilan di dalam satu talian yang selamat menggunakan data Internet.

Mesej dan panggilan dengan fungsi penyulitan hanya dapat dibaca oleh anda dan penerima sahaja. Jadi jika anda bercadang untuk mendapatkan aplikasi ini, bolehlah muat turun di peranti iOS atau Android anda.

 

You might also like