
Berita baik khas pengguna HUAWEI dan HONOR dari negara Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailan! Bermula 20 November sehingga 31 Disember 2019, anda boleh menikmati storan HUAWEI Mobile Cloud sebesar 50GB pada harga promosi RM0.10! RM0.10! RM0.10 SAHAJA!!!
Nampak menarik sangat, kan! Ada lagi yang best, pengguna siri HUAWEI Mate 30 di negara terlibat turut dapat menikmati 50GB HUAWEI Mobile Cloud Storage (mulai 20/11/2019 ~ 31/12/2019) secara PERCUMA selama 3 bulan, tambahan 2 tahun waranti dan pengantian skrin secara PERCUMA daripada HUAWEI HiCare.
Promosi 50GB HUAWEI Mobile Cloud*:
| Harga / Bulan | Negara | |||
| Malaysia | Filipina | Singapura | Thailand | |
| Harga Promosi (Sah sehingga 31 Dis 2019) | RM 0.10 | PHP 1.00 | SGD 0.10 | THB 1.00 |
| Harga Asal | RM 3.90 | PHP 49.00 | SGD 1.28 | THB 35.00 |
*Untuk pengguna HUAWEI Mobile Cloud sedia ada, ia mungkin mengambil masa selama 30 minit untuk mengaktifkan perkhidmatan ini
Dalam pada itu, meneruskan langkah cemerlang sambutan HUAWEI Mobile Service (HMS), pengguna HMS di negara yang disebutkan akan menjadi pertama menikmati tawaran storan 5GB secara PERCUMA, mulai pertengahan November.
HUAWEI Mobile Cloud memudahkan pengguna menyimpan segala data termasuk gambar, kontak, mesej, dokumen dan banyak lagi dalam storan awan ini.
Tidak terhenti di situ, dengan memuat turun aplikasi HUAWEI Member Center dari AppGallery, pengguna di Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand boleh menebus HUAWEI Points dan baucar Lazada secara PERCUMA pada aplikasi ini.
Ganjaran Kepada Pengguna Siri Mate 30 Melalui Member Center:
| Ganjaran | Negara | |||
| Malaysia | Singapura | Thailand | Filipina | |
| HUAWEI Points | RM100 | SGD30 | THB850 | PHP1,200 |
| Baucar Lazada* | RM40 | SGD12 | THB300 | PHP500 |
| Baucar Penempahan Hotel Trip.com (Hanya digunakan dalam aplikasi Trip.com) |
Diskaun sehingga RM30 | N/A | Diskaun sehingga SGD20 | Diskaun sehingga THB250 |
*Baucar Lazada akan disediakan pada hujung bulan November 2019

Promosi 50GB HUAWEI Mobile Cloud*:
Ganjaran Kepada Pengguna Siri Mate 30 Melalui Member Center: 