
Airbnb Dikhabarkan Akan Membesar Menjadi Portal Pelancongan Yang Lengkap
Anda pernah menggunakan Airbnb? Jika belum, apa kata anda cuba servis Airbnb yang boleh diakses melalui aplikasi Airbnb iOS dan Android .
Airbnb merupakan alternatif terbaik bagi pengembara yang mahukan pengalaman yang unik dan asli. Konsep sewaan kediaman dari tuan rumah ini membawa anda lebih dekat dengan masyarakat dan budaya di lokasi yang anda kunjungi berbanding dengan menginap di hotel dan melihat tarikan mainstream sahaja. Airbnb sangat popular di kalangan pengembara dan jika anda tidak familiar dengan aplikasi ini, kami sangat mengesyorkannya kepada anda.
Menurut beberapa sumber, Airbnb ingin meluaskan servis mereka dari hanya menjadi portal sewa kediaman kepada sebuah pelancongan yang lebih lengkap. Dikhabarkan bahawa Airbnb akan membeli beberapa portal pelancongan dan servis tempahan yang membolehkan anda menyusun atur perjalanan, menyewa kenderaan dan menempah tiket penerbangan. Satu langkah yang cukup baik dan bijak, kami akan kongsikan perkembangan Airbnb ini apabila ianya menjadi realiti kelak.

