
Selaku jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia, Huawei baru sahaja melancarkan peranti terbaru di bawah siri tablet yang diberi nama MediaPad T3 7 untuk para pengguna tempatan.

Tablet ini ditawarkan pada harga mampu milik dengan ciri-ciri spesifikasi tablet kelas permulaan sesuai untuk kanak-kanak. Direka khusus untuk hiburan, ia menampilkan skrin sebesar 7 inci beresolusi HD (1080 x 600) bersama bingkai yang nipis.
Hanya seberat 245g, MediaPad T3 7 amat mudah dibawa ke mana-mana malah kerangka unibodi ini dibina berasaskan aluminium gred penerbangan. Dengan ketebalan 8.6 mm, ia sarat dengan bateri berkapasiti 4,100 mAh yang turut menguasakan cip Spreadtrum SC7731G empat-teras dan Android M.

Memori dalaman pula menyediakan RAM sebesar 2GB dan storan 16GB boleh diperluaskan menerusi kad microSD. Tablet ini turut diselitkan dengan teknologi WiFi 2.4Ghz generasi terbaru untuk memberikan pengalaman penstriman yang lebih pantas.
Bagi melengkapkan Huawei MediaPad T3 7, tablet ini didatangkan dengan kamera 2 Megapiksel di depan dan juga belakang. Peranti ini tersedia dengan pilihan warna Grey sahaja.
Apa-apa pun, anda boleh memilikinya pada harga RM499 seunit di kesemua HUAWEI Experience Stores dan Display Zones seluruh Malaysia.
Spesifikasi ringkas :
- Paparan 7″ HD 1080 x 600
- Cip Spreadtrum SC7731G Quad-core (1.3Ghz)
- Android 6.0 Marshmallow
- 2GB RAM / 16GB ROM (sehingga 128GB)
- 4,100mAh
- WiFi sahaja
- Tiada slot kad SIM
- Berat 245g
- Warna Grey

