Temui Syafiq Kyle, Khai Bahar Di Roadshow OPPO F9 pada 30 Ogos Ini!

OPPO Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai pameran pertama OPPO F9 yang bakal bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor pada 30 Ogos Ini (KHAMIS)!

Lebih menarik, roadshow ini akan menampilkan dua orang selebriti pujaan ramai iaitu pelakon sensasi, Syafiq Kyle dan penyanyi muda yang kian meningkat naik, Khai Bahar muncul untuk menunjukkan ciri-ciri utama yang ada pada F9.

Bukan itu sahaja, malah 15 pengunjung pertama bertuah yang membeli F9 semasa
roadshow itu berlangsung juga akan berpeluang beramah mesra dan berinteraksi dengan kedua-dua artis berkenaan.

Haa..Teruja tak? Jangan lepaskan peluang! Jemput datang beramai-ramai Ke Roadshow OPPO F9 untuk menunjukkan sokongan anda jika anda seorang O-Fan!

Baca Juga : 

You might also like