Ultimate Ears WONDERBOOM Dijual Pada Harga RM399

Hari ini, Hot Gadgets telah membawa masuk beberapa produk baru di antaranya Ultimate Ears (jenama USA), Geneve (jenama Eropah) dan jenama Hot Gadgets sendiri iaitu A&S ke pasaran hari ini. Kita mulakan produk terbaru dari Ultimate Ears (UE) dikenali sebagai WONDERBOOM yang telah menerima anugerah ‘Good Design’.

Kalis air sedalam 1 meter selama 30 minit

Model terbaru ini menawarkan lebih kuasa dan kualiti audio, sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti terbaik tetapi masih mahukan peranti mudah alih. Menawarkan bateri sehingga 10 jam, speaker ini berupaya menyampaikan bunyi keliling 360° yang sangat lantang dengan output bes yang sangat mantap.

UE WONDERBOOM yang direka untuk anda yang gemarkan aktiviti mencabar tetapi dalam masa yang sama inginkan hiburan tanpa henti, sememangnya sangat sesuai melalui rekaannya yang sangat tahan lasak. Selain menerima pengiktirafan IPX7 yang kalis air, UE WONDERBOOM juga diperbuat daripada bahan premium bagi mengelakkannya daripada rosak apabila terjatuh.

Hadir dengan 11 warna ceria untuk pasaran Malaysia, UE WONDERBOOM telah mula dijual di kedai-kedai terpilih dengan harga RM399. Manakala warna edisi terhad pula terjual pada hujung minggu ini dengan tawaran 2 tahun waranti.

Rekaan & Warna edisi terhad telah memenangi anugerah ‘Good Design’
You might also like