
Xiaomi telah pun membuka kedai konsep di Pulau Pinang dan juga Lembah Klang. Terbaru, Xiaomi memiliki kedai fizikal pertama di Malaysia Timur, bertempat di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu.
Dengan adanya kedai fizikal ini, orang ramai terutamanya yang berada di Kota Kinabalu, Sabah boleh melihat dan mencuba sendiri pelbagai produk Xiaomi. Di antaranya ialah telefon pintar, powerbank, router, fon kepala dan pelbagai gajet lain yang dikeluarkan oleh Xiaomi.
Kedai fizikal Xiaomi ini terletak di Lot 2-67, Second Floor, Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu dan ia diuruskan oleh syarikat Chean & Yong Sdn Bhd.
Dibuka secara rasminya pada 31 Mac 2018, untuk maklumat lanjut tentang kedai fizikal pertama Xiaomi di Sabah ini, boleh ikuti mereka di Facebook Mi Suria Sabah.